Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu
Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu..
Taubat menurut bahasa ertinya kembali.
Dari segi istilah syarak pula kembali kepada kesucian setelah melakukan dosa.
Taubat.. setiap manusia pasti akan melakukan dosa, kesilapan..
Jika Adam pernah melakukan kelalaian dan kesilapan, maka anak cucunya pasti tidak akan terlepas dengan keadaan tersebut..
Sabda Rasulullah S.A.W :
" Tiap-tiap bani Adam itu membuat kesalahan, tetapi sebaik-baiknya orang yang banyak berbuat kesalahan ialah orang yang banyak bertaubat. " (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
Faktor utama manusia berbuat dosa dan kesalahan
1. Manusia lemah dan daif untuk melawan godaan syaitan. Sekarang remaja dah tak segan silu untuk melakukan maksiat, benda yang haram jadi perkara biasa dilakukan.. contohnya kes pembuangan bayi, ada yang bila sudah melakukan maksiat, dah la tidak bertaubat tetapi makin menjadi2 .. nauzubillah .. begitu mudah mereka diperdayakan hanya kerana nafsu.
2. Keinginan dan hawa nafsu yang melampau untuk merasakan kesenangan. Ada yang ingin kan kesenangan dengan mudah dan tidak kisah dengan cara yang haram. Contohnya merompak, menjual diri.. memang lah kamu akan memperoleh kesenangan tetapi mesti tiap kali dapat hasil dari benda yang haram, hasil tersebut akan cepat habis dan ia akan mendorong kamu untuk berbuat benda yang sama lagi dan lagi..
3. Situasi yang boleh menyebabkan manusia melanggar undang-undang Ilahi. Dalam situasi tersebut, bila dah tiada cara lain, maka syaitan akan memujuk mereka untuk melakukan dosa tersebut.
Sebaik-baik manusia yang bersalah ialah yang segera mengaku kesalahannya.
" Dia (Adam) berkata : " Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah menganiaya diri kami sendiri. Sekiranya Engkau tidak ampuni kami dan tidak Engkau rahmati kami, nescaya jadilah kami daripada orang yang rugi. " (surah al-A'raf : 23)
Pintu taubat sentiasa terbuka bagi sesiapa yang ingin kembali ke jalan Allah selagi kita masih bernyawa..
" sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seseorang hambanya selama nyawanya belum sampai di kerongkong " (Riwayat Tirmizi)
"aku nak bertaubat tp esoknya pasti buat ag.. ak nkkn kepuasan.. nanti2 leh bertaubatkn..
ala aku still muda ag. ms tu masih pnjg kot.. enjoy lu.. nanti tua2 taubat lah..
xpe lah esok jela ak solat betol2, xpelah esok la ak taubat" tetapi sempat ke nk bertaubat nanti ..
Dalam riwayat Bukhari dan Muslim , Nabi S.A.W menceritakan bahawa pada zaman dahulu kala ada seorang pembunuh yang telah membunuh 99 orang, kemudian dia ingin bertaubat. Ketika dia bertanya kepada seorang alim, apakah taubatnya masih dapat diterima Allah, dia menjawab bahawa taubat nya tidak dapat diterima lagi maka orang alim itu pun dibunuh pula, sehingga genap 100 orang yang dibunuhnya.
Dia cuba menghubungi seorang alim lainnya. Orang alim itu memberikan jalan kemungkinan diterima taubatnya dan dianjurkan pergi ke negeri lain yang penduduknya banyak yang taat kepada Allah, dan janganlah kembali ke negeri asalnya kerana negeri itu banyak penjahat.
Berangkat lah pembunuh itu dan dalam perjalanan dia menemui ajalnya. Ketika datang malaikat rahmat untuk membawa rohnya, seketika itu datang pula malaikat azab. Bertengkarlah kedua-dua malaikat itu.
Berkata malaikat Rahmat: " Dia telah menempuh perjalanan kerana dia bertaubat kepada Allah dan mencari keampunan-Nya. "
Berkata malaikat Azab : " Dia belum pernah berbuat kebaikan sama sekali. "
Maka datanglah malaikat yang akan menghakimi kedua-duanya, lalu mengukur jarak perjalanan yang telah dilaluinya dengan negeri yang telah ditujuinya.
Ternyata negeri yang ditujuinya itu lebih dekat sejengkal daripada negeri yang ditinggalkannya. Maka rohnya pun dibawa oleh malaikat Rahmat.
Riwayat ini menggambarkan betapa berat pon dosa kita, jika kita bersungguh2 untuk bertaubat , insya-Allah taubat kita akan diterima oleh Allah S.W.T.. Janganlah bila kita berbuat dosa, kita tidak rasa insaf.. baik buruk manusia boleh berubah.. Sejahat mana pun orang itu, kita janganlah pandang serong terhadap dia.. mana tau orang itu berubah dan dia lebih baik dari kita.
p/s : delete lah dosa-dosa lalu dengan memohon keampunan-Nya dan berbuatlah kebaikan.
No comments:
Post a Comment