ahlan wasahlan
terima kasih sebab melawat blog saya :)
ENTER

Saturday, October 8, 2011

Alhamdulillah :)

Tidak kah kamu bersyukur dengan apa yg Allah SWT telah kurniakan kepadamu
Tidak kah kamu bersyukur dengan apa yang kamu peroleh selama ini
Tidak kah kamu pernah terfikir betapa besarnya nikmat yang Allah SWT telah bagi?
Keluarga, kawan, rumah, kegembiraan, kesenangan, kesihatan tubuh badan

Kenapa bila baru sedikit musibah menimpa, kamu harus mengeluh dan menyalahkan takdir
Kenapa bila baru sedikit masalah menimpa, kamu mengatakan bahawa tiada guna nya kamu hidup di muka bumi ini
Kenapa kamu mengatakan seolah2 kamu seorang yg mengalami musibah dan malapetaka
kenapa bila kamu putus cinta dengan manusia, kamu bertindak seolah2 kehilangan segala2nya
kenapa bila kamu berpisah dengan manusia, kamu meratap menangis berteriak dengan pemergiannya  
kenapa bila orang lain mendapat lebih kesenangan dari kamu, kamu merasakan bahawa kamu tidak beruntung
kenapa bila difitnah, kamu harus membalas dengan kejahatan juga..tidak kah kamu tahu bahawa :
‘orang yang bersabar dan berpegang teguh dengan ajaran agama dan tidak takut dicela akan memperoleh ganjaran yang sangat besar, sebagaimana firman Allah SWT :
Maksudnya : Sesungguhnya hanya orang – orang yang bersabarlah yang diberikan pahala tanpa batas.(surah al-Zumar:10)’
Allah pasti menguji hamba2-Nya, untuk mengetahui siapa antara mereka yang bersyukur dan kufur nikmat., siapa yang soleh dan ingkar.

wahai sahabat2 ku, kita hidup di muka bumi ini bukan untuk kesenangan , kegembiraan semata2
kamu mungkin rasa gembira dengan melakukan zina, berpegangan tangan sana sini dengan orang bukan muhrim, memakai pakaian yang kononnya mengikut fesyen semasa, mengutuk kekurangan orang lain, gembira atas kesedihan orang  yang kamu benci
“ah! Jangan sibuk hal orang lain pls, ko ckp mcm ko tu tak de dosa langsung, ada aku kacau hidup ko? Eh dulu bukan ko pon sama je ke ngan aku. Sekarang bajet dah insaf la ea.. suka ati aku la hidup aku, ko buat hal ko, aku ngan hal aku.. kalau aku mati , de aku letak nama ko sekali atas kubur? Xde kn.. ko kalau nak ceramah orang, cermin diri tu.. ko tu bukannya baik sangat.xsedar diri tol..biar lah aku nk berubah lambat ke cepat ke, hidup aku xde kena mengena ngn ko la”
Bila dinasihati sedikitpun kenapa kamu terus melatah dengan kemarahan? Memang la itu hidup mu tetapi tidak kah kamu tahu bahawa hidup mu itu kepunyaan Allah SWT.. tidak kah kamu tahu Allah SWT sentiasa ada mengawasi kamu..

Wahai sahabat2ku, janganlah kamu marah janganlah kamu marah dan janganlah kamu marah. Tidak salah untuk kamu menerima nasihat , jangan pertikaikan orang yang menasihati itu, ambil lah apa yang telah diucapkan sebagai pengajaran.
Bila kamu berbuat dosa, tidak pernah kah terfikir kesan dari dosa itu..  sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihi.. tetapi sampai bilakah kamu akan terus berterusan melakukan dosa ..
Kurniaan Allah SWT terhadap kita sangat besar..  Kita dapat menikmati segala kesenangan, kegembiraan , kesempurnaan tubuh badan, kepandaian, kasih sayang, semuanya dipenuhi dengan nikmat-Nya.
Alhamdulillah.. bersyukur lah dengan apa yang kamu ada.. tidak kira lah kamu peroleh kesenangan, susah dari orang lain, atau kekurangan apa2 pun..
Alhamdulillah..kita masih diberikan kesempatan untuk hidup, merasai semua nikmat-Nya
Apa salahnya kita membalas apa yang Allah SWT telah kurniakan.. kita ikutlah perintah-Nya .. jauhi apa yang telah dilarang..

Memang nafsu tu akan mendesak dan mendesak kita terus melakukan dosa..
“ala, buat benda tu xberdosa sangat la, nanti bertaubat lah balik..bukan selalu pon ..sekali sekala.. malas la nak solat bagai ni, nanti lah. Aku xtutup aurat , perangai ak ag baik, bukan nye ak buat maksiat pun.yg lain ag teruk dr aku..lalala.. xpelah,abaikn je org nk kata apa,yg penting enjoy. Kita kn masih muda,masa ni la nk buat bnda cmtu, nanti dh tua ke,mn boleh dh..”
Sebab itulah kita kena kuatkan iman,bersabar,sentiasa mengingati Allah SWT.. berpegang kepada ajaran dan sunnah..apa guna kamu hidup di bumi Allah SWT? Untuk beribadah kepada-Nya.untuk melakukan seberapa banyak amalan sebagai tanda bersyukur dan bekalan kelak..janganlah terlalu fikirkan kegembiraan semata2..dunia ini hanya lah sementara..tiada manusia yang akan kekal hidup..tiada wahai sahabatku.tiada..melainkan dengan izin-Nya.
‘Rahmat Allah SWT sangat luas. Dia membalas dengan kurnia yang sangat banyak walaupun terhadap kebaikan yang sedikit.’
‘Barangsiapa yang redha kepada Allah maka Allah  pun reda kepadanya dan barangsiapa yang murka kepada Allah maka Allah pun murka kepadanya’
‘Walaupun berdosa, manusia diberikan peluang untuk bertaubat’

No comments:

Post a Comment