ahlan wasahlan
terima kasih sebab melawat blog saya :)
ENTER

Monday, October 10, 2011

KASUT ku gagah berlari ^ ^ sekadar untuk fesyen ?

" eh lawa lah kasut ko,, beli katne.. " 
" wah kasut baru tuh.. untung la de org pakai kasut baru.. "
" ak ingt nk beli kasut la.. skrg de sale kot.. "
" standard la harga mahal kasut tuh..xpe la beli je "

kasut.. perempuan mmg suka kasut kan ^ ^
dari kasut tinggi ke kasut simple.. org terasa nk menulis pasal kasut lak.. sebab tadi beli kasut untuk adik..huhu

tujuan utama pakai kasut mestilah untuk melindungi kaki dn mengelakkan kecederaan. sekarang ramai remaja beli kasut sebab fesyen, gaya .. standard lah kan tapi kalau sampai sanggup sakit kaki , tu macam menzalimi kaki sendiri je =.="

bagi orang kn, kasut yang ikut fesyen memang penting, tapi yg paling utama keselesaan la.. kalau setakat pakai kasut tinggi tapi jalan dah macam pelik semacam..terhenjut2.. tak ke demo gak yang rasa sakit ..

kasut tumit tinggi versus kasut tumit biasa
sekarang kat kedai susah dah nak cari kasut baru yang biasa2 je, yang banyak sekarang kasut tumit tinggi la.. best sangat ke pakai.. " eh mesti lah.. kalau pakai kasut tinggi , ko akan rasa confident level tu tinggi.. tak pun kalau ade stranger ke, bole la kasut tu jdi penyelamat kot.."

betol3 tapi pakai la kasut tinggi yang xbpe nk tinggi tu je.. xtinggi lagi ok =) xsalah kalau nak pakai gak kan sekali sekala... ia nya tidak sepatutnya dijadikan isu tetapi demo,  kecenderungan ini boleh mengundang bahaya dan masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi wanita hamil.

  
Kajian dibuat Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat mendapati wanita yang mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurang-kurangnya tiga sentimeter (cm) akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus.

Keadaan ini akan mengundang penyakit sendi dan osteoporosis. Malah, ia juga boleh mengakibatkan berasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga tangan.


“Kaki akan menggunakan tenaga yang banyak ketika memakai kasut tumit tinggi terutamanya pada betis.

“Asid lactic akan terkumpul pada bahagian itu dan mengakibatkan kekejangan otot,” katanya.

Kekejangan otot ini juga berlaku disebabkan terdapat 40 hingga 50 peratus lebihan darah dalam sistem badan yang perlu dipam ke seluruh badan.

Apabila berjalan dan bergerak, otot betis akan bertindak seperti pam dan membantu darah mengalir menentang graviti, menyokong ke arah hati.

orang dulu pakai gak kasut yg sederhana tinggi. tapi bila jalan jauh2 ni.. memang sakit kot.hehe.. mula la rasa tak selesa.. sikit2 lenguh. jalan pun kena focus..sekarang orang lebih suka kasut yang biasa je.. tak kisah la nampak rendah ke apa, asalkan bila kita pakai tu, kita rasa selesa dan selamat.


lawa kan kasut ni.. hanya pro je yang boleh pakai.. =.="

pakai kasut tinggi ibarat meletakkan paku kat kaki?
err yang ni sama ada dia pakai kasut atau kasut pakai dia..macam2 ada.


berkenaan yang ni.. kaki pakai kaki kot..


jadi pada pendapat saya, lebih elok dan molek kita pakai kasut yang simple , menutup depan kaki..  selesa dan boleh menutup aurat.. bercakap mengenai aurat kaki..adakah kaki pun dlm kategori aurat yang patut ditutup? Melalui apa yang saya telah cari..



Jumhur ulama' dari kalangan ulama' malikiyyah, syafiiyyah dan hanabilah mengatakan kaki wanita adalah termasuk dalam batasan aurat wanita ketika berhadapan dengan ajnabi.namun bagi pandangan mazhab hanafi, kaki wanita bukan termasuk aurat.

Maka dari pandangan jumhur (termasuk pandangan muktamad mazhab syafie), pemakaian stokin, atau sarung kaki (yang tidak nipis)adalah wajib bagi memenuhi keperluan penutupan aurat.

Dalil utama pandangan ini adalah :

1) surah nur : ayat 31 = ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها. pentafsiran "ما
ظهر منها" dalam ayat ini hanyalah termasuk muka dan tapak tangan...ini
bermakna semua badan wanita adalah aurat melainkan muka dan tapak tangan
sahaja.

2)hadis dari Ibn Umar yang menceritakan ttg Rasulullah melarang kaum
muslimin melabuhkan pakaian kerana sombong dan bongkak.apabila ummu
salamah menanyakan Rasulullah bagaimana pula dengan wanita...adakah turut
dilarang...nabi menerangkan bagi wanita, mereka diharuskan melabuhkannya
(demi menjaga aurat wanita iaitu seluruh kakinya)

sebagaimana yang ditafsirkan Ibnu Abbas r.a. ialah wajah dan dua tapak tangan wanita. 
Aisyah melaporkan,
Asma’ bint Abu Bakr telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis.  Rasulullah s.a.w lalu berpaling  daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”
Hadis direkodkan olah Abu Dawud.

Hadis di atas menunjukkan bahawa kaki termasuk aurat tatkala Nabi s.a.w mengecualikan hanya wajah dan tangan.


jika darurat ?
Ade sesetengah ulama mengatakan  jika terdapatnya hajat atau keperluan yang menyukarkan wanita tersebut untuk menutup kakinya , maka dalam hal ini ianya dibolehkan untuk tidak menutupnya.

Melihat contoh kes ,ramainya kedatangan sepupu lelaki yang berkunjung ke rumah, maka halnya adalah lebih baik jika dapat diusahakan untuk menutup kaki tersebut dengan apa cara sekali pun, samada dengan memakai stokin atau pun melabuhkan pakaian / kain hingga menutupi kaki tersebut.

Tidak nampak sebarang masyaqqah (kesulitan) atau penghalang daripada menutup kaki tersebut berbeza keadaannya dengan wanita yang menguruskan kerja-kerja dapur atau kenduri-kendara yang sememangnya mempunyai masyaqqah(kesulitan) yang menyukarkan. kalau nak pergi sidai kain kat belakang rumah , basuh pinggan kat dapur atau masuk bilik air sebentar, ada yang mengatakan juga dibolehkan untuk tidak memakai stokin..melainkan kalau bercampur dengan lelaki2, wajib lah menutup aurat kaki..

Kesimpulannya, kita berbincang berdasarkan konteks mazhab As-Syafie, menutup aurat kaki itu wajib.. .Pilihlah yang mana kamu rasakan selesa dengan keadaan yang dihadapi. Penjagaan kesempurnaan aurat perlulah diutamakan terlebih dahulu. Wallahu'allam.



p/s : topik yang dibincangkan sekadar perkongsian dari saya.. tidak berniat untuk menyinggung hati mana2 pihak..

No comments:

Post a Comment