ahlan wasahlan
terima kasih sebab melawat blog saya :)
ENTER

Monday, December 26, 2011

Mitos atau Fakta Coklat

Coklat .. kalau tengah tension ke gapo.. suka kot makan coklat :D Pada pandangan kebanyakan orang, coklat ni tak elok untuk di makan..tapi apa pula pandangan dari segi penyelidikan yang telah dibuat..kita tengok :


MITOS : Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat.
FAKTA : Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA) : Kalsium- 9%, Riboflavin- 9%, Protein- 6%, Zat besi- 3%, Vitamin A- 2.4%, Thiamine- 2%. Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. So coklat itu berkhasiat la jugak.

MITOS : Coklat adalah sumber utama 'dietary sugar' untuk kanak-kanak.
FAKTA : Kajian yang dijalankan di Michigan State university menunjukkan bahawa kurang MYTH daripada 3 peratus daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak-kanak diperoleh dari coklat dan lain2 konfeksyen.


MITOS : Coklat mengandungi sodium yang tinggi.
FAKTA : Satu bar 1.5 auns coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5 mg sodium, satu bar coklat susu- 40 mg. Cuba bandingkan dengan 1 cawan susu- 122 mg, 1 keping roti gandum- 132 mg dan 1 auns keju swiss yang mengandungi 440 mg sodium.


MITOS : Coklat menyebabkan kerosakan gigi.
FAKTA : Kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi. Oleh itu coklat bukan lah penyebab jerawat jugak. sebenarnya, faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca  langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan.


MITOS : Kafein dalam coklat menyebabkan kanak-kanak terangsang dan menyebabkan mereka terlalu aktif.
FAKTA : Kajian menunjukkan kanak-kanak obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein.

Jadi coklat ni sebenarnya elok terutama untuk kanak2.. tapi jangan lebih2 sudah :)







 p/s : cerita charlie and the chocolate factory ni pun best gak sebab ada johnny depp sekali ..huhu like it!

( sumber dari Harian Metro )

No comments:

Post a Comment