ahlan wasahlan
terima kasih sebab melawat blog saya :)
ENTER

Friday, December 2, 2011

Al Fatihah (terjemahan)


1 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 

2 Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. 

3 Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 

4 Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). 

5 Engkaulah sahaja yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. 

6 Tunjukilah kami jalan yang lurus.


7 Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.

( sumber dari islamgrid )

No comments:

Post a Comment