ahlan wasahlan
terima kasih sebab melawat blog saya :)
ENTER

Thursday, December 1, 2011

" INDAHNYA RAMADHAN-MU "

Apakah pengertian puasa dari segi bahasa dan istilah syarak?

::Puasa atau as-shiam dari segi bahasa ialah menahan dari sesuatu. Manakala puasa dari segi istilah ialah menahan diri dari perkara2 yang membatalkan dengan niat bagi orang yang diwajibkan berpuasa dari terbit fajar sehingga terbenam.

Asal dinamakan Ramadhan?

::Asal dinamakan Ramadhan diambil dari perkataan al-romad yang bermakna bersangatan panas. Masyarakat Arab apabila mereka hendak menamakan nama sesuatu, disesuaikan bulan tersebut dengan keadaan yang berlaku pada bulan tersebut. Oleh kerana ketika hendak menamakan bulan Ramadhan itu keadaannya sangat panas, maka dinamakan bulan Ramadhan.

Antara kelebihan dan kemuliaan Ramadhan.
1) penghulu segala bulan.
" Penghulu segala bulan ialah Ramadhan dan penghulu segala hari ialah Jumaat " Hadis Riwayat At Thabrani.

2) dibuka pintu2 syurga dan ditutup pintu2 neraka.
" Apabila datangnya Ramadhan maka dibuka pintu2 syurga dan ditutup pintu2 neraka dan dibelenggu syaitan " Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

3) diampunkan dosa2 kecil di antara dua Ramadhan.
" Solat lima waktu dan dari Jumaat ke Jumaat dan dari Ramadhan ke Ramadhan, menghapuskan dosa2 diantaranya selagi tidak melakukan dosa2 besar " Hadis Riwayat Muslim.

4) barangsiapa berpuasa dengan penuh keimanan, diampunkan dosa yang lalu.
" Barangsiapa yang mendirikan bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan Allah SWT mengampunkan untuknya dosa2 yang lepas "


Apakah peristiwa2 penting yang berlaku dalam bulan Ramadhan ?
1) Peperangan Badar Kubro (17 Ramadhan, 2 Hijrah)
2) Pembukaan Kota Mekah (10 Ramadhan, 8 Hijrah)
3) Sebahagian daripada peristiwa peperangan Tabuk (tahun 9 Hijrah)
4) Tersebar luas Islam ke Yaman (tahun 10 Hijrah)
5) Khalid al-Walid menghancurkan berhala al-uzza (tahun 9 Hijrah)
6) Islamnya Bani Tsaqif dan menghancurkan berhala al-Latta yang mereka sembah (tahun 9 Hijrah)
7) Peristiwa Ain Jalut iaitu tentera Monggol dikalahkan oleh Sultan Quthuz (15 Ramadhan 658 Hijrah)
8) Pembukaan Andalus di bawah pimpinan Thoriq bin Ziyad (28 Ramadhan, 92 Hijrah)


Bilakah disyariatkan puasa kepada Nabi Muhammad ?

::Ibadah puasa telah disyariatkan pada 10 Syaaban tahun 2 Hijrah.

( sumber dari MPI )

No comments:

Post a Comment