ahlan wasahlan
terima kasih sebab melawat blog saya :)
ENTER

Monday, December 26, 2011

Mitos atau Fakta Coklat

Coklat .. kalau tengah tension ke gapo.. suka kot makan coklat :D Pada pandangan kebanyakan orang, coklat ni tak elok untuk di makan..tapi apa pula pandangan dari segi penyelidikan yang telah dibuat..kita tengok :


MITOS : Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat.
FAKTA : Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA) : Kalsium- 9%, Riboflavin- 9%, Protein- 6%, Zat besi- 3%, Vitamin A- 2.4%, Thiamine- 2%. Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. So coklat itu berkhasiat la jugak.

MITOS : Coklat adalah sumber utama 'dietary sugar' untuk kanak-kanak.
FAKTA : Kajian yang dijalankan di Michigan State university menunjukkan bahawa kurang MYTH daripada 3 peratus daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak-kanak diperoleh dari coklat dan lain2 konfeksyen.


MITOS : Coklat mengandungi sodium yang tinggi.
FAKTA : Satu bar 1.5 auns coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5 mg sodium, satu bar coklat susu- 40 mg. Cuba bandingkan dengan 1 cawan susu- 122 mg, 1 keping roti gandum- 132 mg dan 1 auns keju swiss yang mengandungi 440 mg sodium.


MITOS : Coklat menyebabkan kerosakan gigi.
FAKTA : Kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi. Oleh itu coklat bukan lah penyebab jerawat jugak. sebenarnya, faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca  langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan.


MITOS : Kafein dalam coklat menyebabkan kanak-kanak terangsang dan menyebabkan mereka terlalu aktif.
FAKTA : Kajian menunjukkan kanak-kanak obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein.

Jadi coklat ni sebenarnya elok terutama untuk kanak2.. tapi jangan lebih2 sudah :)







 p/s : cerita charlie and the chocolate factory ni pun best gak sebab ada johnny depp sekali ..huhu like it!

( sumber dari Harian Metro )

Saturday, December 24, 2011

Beza di antara air mani, air wadi dan air mazi

1. Air Mani
Air yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu telah mencapai ke tahap memuncak kepuasan nafsunya. Air mani lelaki  berwarna putih dan kasar..Manakala air mani perempuan cair dan berwarna kekuningan.Apabila basah ia pekat dan mempunyai bau. Jika ia kering pula ia berdebu akibat digosok.

Hukumnya wajib mandi bagi orang yang keluar air mani. Air mani ini suci dari segi syarak. Kalau terkena kain sah solat. syarat mandi wajib dulu.

2. Air Wadi
Warnanya putih dan cair. Ia sejenis cecair yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu kepenatan seperti berlari, jogging dan lain-lain daripada pekerjaan yang menggunakan tenaga.
Hukumnya tidak wajib mandi hanya dikehendaki membasuh anggota yang terkena air wadi tersebut. Air wadi ini najis dan tidak sah dibawa solat.

3. Air Mazi
Warnanya jernih dan bertali. Ia merupakan air yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita aoabila seseorang itu berada dalam keghairahan (syahwat). Hukumnya tidak wajib mandi setelah keluar air tersebut, Ia najis dan wajib dibasuh anggota yang terkena air mazi dan tidak boleh dibawa solat.

( sumber dari fiqh wanita )

Friday, December 9, 2011

Saturday, December 3, 2011

Surah An Naas (terjemahan)

1 Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.

2 Yang Menguasai sekalian manusia.

3 Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.

4 Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam.


5 Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.

6 dari kalangan jin dan manusia. 

( sumber dari islamgrid )

Friday, December 2, 2011

Al Fatihah (terjemahan)


1 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 

2 Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. 

3 Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 

4 Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). 

5 Engkaulah sahaja yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. 

6 Tunjukilah kami jalan yang lurus.


7 Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.

( sumber dari islamgrid )

Empat Perkara

Empat perkara yang merosakkan tubuh :
cemas
sedih berpanjangan
lapar
dan kurang tidur malam.

Empat perkara yang memberikan kesenangan dalam hati :
melihat yang hijau2
melihat air mengalir
melihat kekasih
dan melihat buah buahan.

Empat perkara yang membuat kan pandangan mata menjadi gelap :
berjalan tanpa kasut
berpagi hari dan berpetang hari dengan wajah yang muram penuh dengan kebencian dan permusuhan
terlalu sering menangis
dan banyak menatap garis2 yang kecil.

Empat perkara yang membuat badan menjadi kuat :
memakai pakaian yang lembut
mandi dengan air panas
makan makanan yang manis dan berlemak
dan mencium wewangian.

Empat hal yang menghilangkan kesegaran dan keceriaan wajah :
berbohong
tidak tahu malu
terlalu banyak bertanya yang tanpa dasar
dan banyak melakukan maksiat.

Empat perkara yang membuat wajah semakin segar :
menjaga harga diri
menepati janji
dermawan
dan taqwa.

Empat perkara yang mendatangkan kemarahan dan kebencian :
takabbur
dengki
berbohong
dan suka mengadu.

Empat perkara yang boleh mendatangkan rezeki :
bangun malam untuk solat
banyak beristighfar menjelang fajar
membiasakan memberi
dan membiasakan diri berzikir di petang hari.

Empat perkara yang akan mencegah datangnya rezeki :
tidur di pagi hari
jarang solat
malas
dan suka berkhianat.

Empat perkara yang akan membahayakan pemahaman dan kemampuan otak :
ketagihan makanan dan buah buahan yang masam
tidur terlentang
resah
dan gundah gulana.

Empat perkara yang akan menambah daya pemahaman :
hati yang bersih
tidak menyelangi makanan dengan minuman ke dalam tubuh secara berlebihan
mengatur menu makanan dengan baik
membuang semua endapan makanan yang memberatkan badan.


p/s : setiap yang berlebihan itu bertentangan dengan tabiat jiwa.

Thursday, December 1, 2011

" INDAHNYA RAMADHAN-MU "

Apakah pengertian puasa dari segi bahasa dan istilah syarak?

::Puasa atau as-shiam dari segi bahasa ialah menahan dari sesuatu. Manakala puasa dari segi istilah ialah menahan diri dari perkara2 yang membatalkan dengan niat bagi orang yang diwajibkan berpuasa dari terbit fajar sehingga terbenam.

Asal dinamakan Ramadhan?

::Asal dinamakan Ramadhan diambil dari perkataan al-romad yang bermakna bersangatan panas. Masyarakat Arab apabila mereka hendak menamakan nama sesuatu, disesuaikan bulan tersebut dengan keadaan yang berlaku pada bulan tersebut. Oleh kerana ketika hendak menamakan bulan Ramadhan itu keadaannya sangat panas, maka dinamakan bulan Ramadhan.

Antara kelebihan dan kemuliaan Ramadhan.
1) penghulu segala bulan.
" Penghulu segala bulan ialah Ramadhan dan penghulu segala hari ialah Jumaat " Hadis Riwayat At Thabrani.

2) dibuka pintu2 syurga dan ditutup pintu2 neraka.
" Apabila datangnya Ramadhan maka dibuka pintu2 syurga dan ditutup pintu2 neraka dan dibelenggu syaitan " Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

3) diampunkan dosa2 kecil di antara dua Ramadhan.
" Solat lima waktu dan dari Jumaat ke Jumaat dan dari Ramadhan ke Ramadhan, menghapuskan dosa2 diantaranya selagi tidak melakukan dosa2 besar " Hadis Riwayat Muslim.

4) barangsiapa berpuasa dengan penuh keimanan, diampunkan dosa yang lalu.
" Barangsiapa yang mendirikan bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan Allah SWT mengampunkan untuknya dosa2 yang lepas "


Apakah peristiwa2 penting yang berlaku dalam bulan Ramadhan ?
1) Peperangan Badar Kubro (17 Ramadhan, 2 Hijrah)
2) Pembukaan Kota Mekah (10 Ramadhan, 8 Hijrah)
3) Sebahagian daripada peristiwa peperangan Tabuk (tahun 9 Hijrah)
4) Tersebar luas Islam ke Yaman (tahun 10 Hijrah)
5) Khalid al-Walid menghancurkan berhala al-uzza (tahun 9 Hijrah)
6) Islamnya Bani Tsaqif dan menghancurkan berhala al-Latta yang mereka sembah (tahun 9 Hijrah)
7) Peristiwa Ain Jalut iaitu tentera Monggol dikalahkan oleh Sultan Quthuz (15 Ramadhan 658 Hijrah)
8) Pembukaan Andalus di bawah pimpinan Thoriq bin Ziyad (28 Ramadhan, 92 Hijrah)


Bilakah disyariatkan puasa kepada Nabi Muhammad ?

::Ibadah puasa telah disyariatkan pada 10 Syaaban tahun 2 Hijrah.

( sumber dari MPI )