ahlan wasahlan
terima kasih sebab melawat blog saya :)
ENTER

Saturday, February 11, 2012

:: k.e.t.a.h.u.i.l.a.h ::


✔ Dalam Islam ada batas Auratnya
hendaklah difollow kerana kewajipan
kepada muslimah seluruh tubuhnya
kecuali muka dan kedua tapak tangan

✔ seluar pendek jadi pilihanmu
terlampau pendek "erh gaya apa tu"
lelaki jagalah juga Auratmu
yang di antara pusat hingga lutut itu

✔ berhati-hatilah dengan Pandangan matamu
kerana dari pandangan Allah melihat hatimu
adapun syaitan datang menganggu
ucap istighfar lawan nafsumu

✔ Berlebihan berhias menarik perhatian
katanya "tak makeup lebih muka i lesu"
air wuduk sepatutnya jadi pilihan
elakkan Tabarruj jangan diturut nafsu

✔ remaja katanya cinta sampai mati
dating hari2 pun tak rasa liat
jika sudah bertaut cinta di hati
segerakan nikah elakkan maksiat !

✔ Cinta aku tiada yang sia sia ♥
jika pada-Nya aku meminta
lebihkan cinta Allah dari cinta manusia
insya-Allah bahagia bukan didunia semata

✔ update Facebook penuh tomahan
katanya "ala standardlah begitu teman"
jagalah hati elakkan Kemarahan
sesungguhnya sabar itu separuh dari iman

✔ ku update status bukan untuk "dilike" sahaja
status agama bukan beerti aku ni alim
nasihat menasihati seharusnya ada
tanda kasihku sesama muslim ツ
 *nukilan ikhlas dari ku*
 

No comments:

Post a Comment