ahlan wasahlan
terima kasih sebab melawat blog saya :)
ENTER

Monday, February 20, 2012

Bahayanya solat ketika haid dan Baiknya solat ketika hamil



Pergerakan badan dan riadah seperti solat sangat baik untuk orang yang hamil, dan memudaratkan untuk orang yang haid, kerana ketika rukuk dan sujud darah mengalir dengan banyak ke rahim.

Tidak syak lagi bahawa rahim org yang hamil memang memerlukan banyak darah supaya dapat menyuburkan janin, dengan bersolat dapat membantu mengalirkan darah yang banyak kepada janin.

Adapun org yg haid apabila bersolat, akan menyebabkan tumpah darah ketika haid.
 
Dianggarkan bahawa isipadu darah dan cecair yang hilang dari tubuh wanita semasa haid kira-kira 34 ml, jika wanita haid menunaikan solat dia sebenarnya telah memusnahkan sistem imunnya, kerana sel-sel darah putih yang memainkan peranan yang penting dalam melawan penyakit akan hilang melalui darah haid . Oleh itu, berdoalah ketika haid supaya dijauhi daripada penyakit. Mohonlah perlindungan daripada Allah.

Dan adapun wanita yang solat ketika haid akan kehilangan banyak darah putih, serta akan menjejaskan kesihatan organ2 badannya yg lain seperti hati, limpa, limfoma tiroid dan sistem kawalan penyakit. Maka, jelaslah di sini hikmah/kebaikan larangan Allah kepada wanita yang berhaid untuk bersolat sehingga dia suci daripada haid seperti yg diterangkan dlm firman2Nya.

Di samping itu menggerakkan badan, terutamanya dalam sujud dan rukuk, akan meningkatkan aliran darah ke rahim dan membawa kepada tumpah darah. Seterusnya, menyebabkan kehilangan banyak garam mineral dalam badan. Doktor mengesyorkan wanita yang haid, supaya banyakkan berehat dan makan makanan yang berkhasiat, supaya tidak kehilangan banyak darah dan garam mineral yg penting dari badan. Hal ini juga mencerminkan kebijaksanaan Allah mengapa Dia melarang wanita yg haid daripada berpuasa.

Oleh: يوسف أبو بكر المدني

No comments:

Post a Comment