ahlan wasahlan
terima kasih sebab melawat blog saya :)
ENTER

Wednesday, February 29, 2012

:: bahasa melanau edisi 2 ::

ayam/ketam/burung = siyau/buyo/manok
kucing/tikus/ = ngau/belabau
air/api/hutan = anum/apoi/gun
hitam/merah/putih = bilem/saq/putik
cantik/comel/baik/jahat = daogaya/jawak/dao/jaet
kuku/jari/tangan/hidung = silo/berangau/agem/udong
mulut/kaki/rambut/telinga/leher/pinggang/badan = bak/betis/bok/lingah/tenguk/bekawang/bias
baring/jalan/berlari/panjat/berenang = beleq/makau/pamat/tiket/turun atau paboh
siapa/mana= sai/gan
ketawa/dengar/hidu = begelem/tuweng/adeq
baru/lama/tadi = ubas/daneh/nin
awak kat mana? = gan adai mo?
perempuan/lelaki = mero/lai
datang lagi = labik agik
rumah/batu/depan/belakang/tengah = lebuk/sano/jawai/butah/dagen
cakap betol2 = ubak ateng2
dalam = wang
tukar = seloh
pening/muntah/pengsan = mengelau/putak/leput
mentah/masak = tak/saq
demam/sakit perut/sihat = bejik/pedes naey/jiak
jangan bersedih lagi = nak beraie agik :)

Terjemahan surah Ar Rahmaan (55001-55078)






{1} (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmat-Nya.

{2} Dialah yang telah mengajarkan Al-Qur'an.

{3} Dialah yang telah menciptakan manusia. 

{4} Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima penyataan.

{5} Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu. 

{6} Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu, masing-masing tunduk menurut peraturan-Nya.

{7} Dan langit dijadikannya tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan. 

{8} Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan. 

{9} Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. 

{10} Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhluk-Nya yang lain. 

{11} Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang.

{12} Dan biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum.

{13} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 

{14} Ia menciptakan manusia dari tanah liat kering seperti tembikar.

{15} Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang. 

{16} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 

{17} (Dialah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat. 

{18} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 

{19} Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. 

{20} Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya. 

{21} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 

{22} Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan. 

{23} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 

{24} Dan Dialah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang tinggi layarnya seperti gunung-ganang.  

{25} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 

{26} Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa

{27} Dan akan kekallah zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

{28} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 

{29} Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepada-Nya. Tiap-tiap masa ia di dalam urusan-Nya!

{30} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

{31} Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja wahai manusia dan jin!

{32} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 

{33} Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan langit dan bumi, maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan kekuasaan! 

{34} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.

{35} Kamu (golongan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api dan leburan tembaga cair; maka kamu tidak akan dapat mempertahankan diri. 

{36} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 

{37} Maka tatkala langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak.

{38} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

{39} Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya. 

{40} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 

{41} Orang yang berdosa dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari ubun-ubun dan kakinya

{42} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

{43} Inilah Neraka Jahanam yang selalu orang yang berdosa mendustakannya.

{44} Mereka berulang-ulang di antara api Neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya! 

{45} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

{46} Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya, disediakan baginya dua syurga

{47} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

{48} (Dua syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan.

{49} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

{50} Pada kedua-dua syurga itu terdapat dua mata air yang mengalir.

{51} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

{52} Pada kedua syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan.

{53} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

{54} Mereka berteleku di atas hamparan yang lapisan dalamnya dari sutera tebal; dan buah-buahan kedua-dua syurga itu dekat untuk dipetik

{55} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

{56} Di dalamnya terdapat bidadari-bidadari yang tertunduk pandangannya, yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin

{57} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

{58} Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan

{59} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

{60} Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga? 

{61} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

{62} Dan selain dari dua syurga itu, ada dua syurga lagi.

{63} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

{64} Kedua-duanya menghijau subur tanamannya.

{65} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

{66} Dalam kedua-dua syurga itu terdapat dua mata air yang terus menerus memancutkan airnya. 

{67} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

{68} Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima.

{69} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

{70} Dalam kedua-dua syurga itu juga terdapat bidadari yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya.

{71} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

{72} Iaitu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap ditempat tinggal masing-masing.

{73} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

{74} (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin

{75} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

{76} Mereka berteleku di atas bantal-bantal yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.

{77} Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

{78} Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan







Wednesday, February 22, 2012

Syahadah



 Syahādah (الشهادة), atau ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam keesaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasulnya. Mengucap dua kalimah syahadah merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam. Apabila dinyatakan dengan kuat secara ikhlas, seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan diri sebagai penganut baru Islam.
  1. Teks bahasa Arab:
  2.  لا إله إلا الله محمد رسول الله
  3. Transliterasi:
  4. Lā ilāha illaLlāhu Mu'ammadun rasūluLlāh.
Bermaksud :"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh-Nya”
Pengucapan syahādah secara jujur, dalam Bahasa Arab, di hadapan dua orang saksi Muslim, adalah cukup untuk seorang menjadi seorang Islam menurut kebanyakan sekolah-sekolah tradisional.
Biasanya frasa أشهد أن 'ašhadu 'an = "Saya bersaksi bahawa" ditambahkan di awal kedua-dua Syahadah.

Syarat Sah Syahadah

Bagi seseorang yang bukan Islam mengucapkannya beserta kepercayaan di dalam hati, maka terpelihara diri, harta dan nyawa seperti orang Islam.
Syarat bagi sahnya syahadah adalah:
  1. Tertib lafaz syahadah seperti yang dinyatakan.
  2. Melafazkan kedua-dua kalimah syahadah dengan berturut-turut (tanpa diselangi perbuatan lain)
  3. Mamahami makna kedua-duanya.
  4. Mendustakan perkara yang menyalahi atau bertentangan dengan maksud syahadah.
  5. Menggunakan perkataan "asyhadu" (ﺃَﺷْﻬَﺪُ) pada keduanya.
  6. Tidak syak atau ragu-ragu akan kedua-duanya.

Hak Syahadah

Setelah seseorang mengucapkan syahadah maka wajib bagi beliau menunaikan hak kalimah. Hak kalimah adalah untuk disebarkan kepada mereka yang tidak mengucapkan kalimah(orang bukan Islam) dengan menerangkan kepada mereka maksud kalimah iaitu Tiada Tuhan selain Allah, Tiada yang Berkuasa selain Allah, Tiada yang beri faedah dan bahaya selain Allah dan Muhammad(saw) itu pesuruh Allah sehingga mereka yakin dan tanpa paksaan mereka mengucap syahadah. Inilah dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad(saw) dan para sahabat sebelum datang perintah solat.


:: bahasa melanau edisi 1 ::

awak = mo
saya = ko
kamu = melo
kami = telo
apa = uno
ayah = apak
adik beradik = janak
sepupu = jipo
kenapa = bekno
awak apa khabar = kubah beritah mo
saya baik saja = ko jiak mak
awak buat apa = uno an mo
nama saya = ngadan ko
dah makan/minum/mandi? = udah keman/tuteng/temuk?
orang mana = to gan
saya suka awak = ko suka ngah mo
bahasa = kanah
cepat = awas
tunggu = lo seng
jangan/nak/ya/tak/taknak/ = nak/luk/yuk/mey/meluk
satu/dua/tiga/empat/lima/ = satu/duah/telo/pat/limah/
enam/tujuh/lapan/sembilan/sepuluh = nem/tujuk/ayan/ulan/puwen
bagusnya = dao ateng
saya tak tahu = ko mey tao
jangan lupa = nak liluk
tak tahu nak cakap apa = mey tao uno bak ubak
belajar betul2, jangan main = betijo ateng2, nak pelik
muda/tua/besar/kecil/budak2/orang tua = mudak/lakey/ayeng/imit/jemanak/to lakey
hidup/mati = mudip/matai
hari ni/esok/semalam = lau eh/songnah/lau sabey
pagi/malam/tengahari = song/malem/tengah lau
tengah/tepi/hujung = dagen/liseng/ujong
saya suka makan ayam = ko suka keman siyau
nak buat mcm mn , benda dah jadi = kubah telo bak menak, wa dah nyadin
tak lawak = mey terjik
jangan bising = nak sigah/nak sabat
itu saja = idun mak
nanti belajar lagi = nah betijo udik :)

Monday, February 20, 2012

Bahayanya solat ketika haid dan Baiknya solat ketika hamil



Pergerakan badan dan riadah seperti solat sangat baik untuk orang yang hamil, dan memudaratkan untuk orang yang haid, kerana ketika rukuk dan sujud darah mengalir dengan banyak ke rahim.

Tidak syak lagi bahawa rahim org yang hamil memang memerlukan banyak darah supaya dapat menyuburkan janin, dengan bersolat dapat membantu mengalirkan darah yang banyak kepada janin.

Adapun org yg haid apabila bersolat, akan menyebabkan tumpah darah ketika haid.
 
Dianggarkan bahawa isipadu darah dan cecair yang hilang dari tubuh wanita semasa haid kira-kira 34 ml, jika wanita haid menunaikan solat dia sebenarnya telah memusnahkan sistem imunnya, kerana sel-sel darah putih yang memainkan peranan yang penting dalam melawan penyakit akan hilang melalui darah haid . Oleh itu, berdoalah ketika haid supaya dijauhi daripada penyakit. Mohonlah perlindungan daripada Allah.

Dan adapun wanita yang solat ketika haid akan kehilangan banyak darah putih, serta akan menjejaskan kesihatan organ2 badannya yg lain seperti hati, limpa, limfoma tiroid dan sistem kawalan penyakit. Maka, jelaslah di sini hikmah/kebaikan larangan Allah kepada wanita yang berhaid untuk bersolat sehingga dia suci daripada haid seperti yg diterangkan dlm firman2Nya.

Di samping itu menggerakkan badan, terutamanya dalam sujud dan rukuk, akan meningkatkan aliran darah ke rahim dan membawa kepada tumpah darah. Seterusnya, menyebabkan kehilangan banyak garam mineral dalam badan. Doktor mengesyorkan wanita yang haid, supaya banyakkan berehat dan makan makanan yang berkhasiat, supaya tidak kehilangan banyak darah dan garam mineral yg penting dari badan. Hal ini juga mencerminkan kebijaksanaan Allah mengapa Dia melarang wanita yg haid daripada berpuasa.

Oleh: يوسف أبو بكر المدني

Saturday, February 18, 2012

klik klik ^^

 





































 

















cantik kan pemandangan2 atas nim :)
saya suka pic yang last sekali. dah lama dah usha2 pic ni, sebelum jadi friends lagi kat on9..hehe
pic tu  more to hitam putih. cool la .


p/s : Terima kasih kat owner sebab bagi kopi pasta pic2 ni :)

Sunday, February 12, 2012

Keras Hati

Daripada Ibnu Umar Radhiyallahu 'anhuma berkata: Rasulullah S.A.W bersabda : Janganlah banyak bercakap selain untuk berzikir kepada Allah SWT, sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah SWT itu ialah mereka yang berhati keras. (Hadith Riwayat Tirmizi)

Dari Abu Hurairah, sesungguhnya ada seorang  datang kepada Nabi S.A.W sambil mengadukan hatinya yang keras (kekerasan hatinya). Nabi S.A.W bersabda : "Usaplah kepala anak yatim dan berilah makan orang miskin." (HR. Imam Ahmad)

Saturday, February 11, 2012

insya-Allah semua nya baik2 saja :)

:: k.e.t.a.h.u.i.l.a.h ::


✔ Dalam Islam ada batas Auratnya
hendaklah difollow kerana kewajipan
kepada muslimah seluruh tubuhnya
kecuali muka dan kedua tapak tangan

✔ seluar pendek jadi pilihanmu
terlampau pendek "erh gaya apa tu"
lelaki jagalah juga Auratmu
yang di antara pusat hingga lutut itu

✔ berhati-hatilah dengan Pandangan matamu
kerana dari pandangan Allah melihat hatimu
adapun syaitan datang menganggu
ucap istighfar lawan nafsumu

✔ Berlebihan berhias menarik perhatian
katanya "tak makeup lebih muka i lesu"
air wuduk sepatutnya jadi pilihan
elakkan Tabarruj jangan diturut nafsu

✔ remaja katanya cinta sampai mati
dating hari2 pun tak rasa liat
jika sudah bertaut cinta di hati
segerakan nikah elakkan maksiat !

✔ Cinta aku tiada yang sia sia ♥
jika pada-Nya aku meminta
lebihkan cinta Allah dari cinta manusia
insya-Allah bahagia bukan didunia semata

✔ update Facebook penuh tomahan
katanya "ala standardlah begitu teman"
jagalah hati elakkan Kemarahan
sesungguhnya sabar itu separuh dari iman

✔ ku update status bukan untuk "dilike" sahaja
status agama bukan beerti aku ni alim
nasihat menasihati seharusnya ada
tanda kasihku sesama muslim ツ
 *nukilan ikhlas dari ku*