Jika Tuhanku bertanya padaku..
Tidak malukah kau bermaksiat pada-Ku?
Kau sembunyikan dosa mu dari makhluk-Ku..
Dan datang pada-Ku dengan penuh dosa
Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?..
Dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?
Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan dari semasa ke semasa
Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati..
Dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan
Seolah-olah aku ini telah dijamin untuk hidup selamanya..
Seakan mati tidak menemuiku
Dan telah datang padaku sakaratul maut yang ngeri. Nah!
Siapa sekarang yang mampu melindungiku?
Aku melihat pada wajah-wajah..
Apakah ada daripada mereka yang akan menebusku?
Akan aku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini?
Maka bagaimana akan aku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku?
Celakanya aku! Apakah aku tak mendengar ayat2 Allah yang menyeruku?
Adakah aku tak dengar apa yang telah diberitakan didalam surah Qaaf dan Yaasin?
Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dan hari ad-deen(qiyamah)?
Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut, menyeru dan menjemputku?
Maka Ya Rabb! Seorang hamba datang bertaubat, siapa yang dapat melindunginya?
Melainkan Tuhan yang maha luas pengampunan-Nya dan yang membimbingku kepada kebenaran
Aku telah datang pada-Mu maka kasihanilah daku dan beratkan timbangan (kebaikan) ku.
Dan ringankan (percepatkan) hisabku kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban.
:)
ReplyDelete