Tudung labuh? ye la pasal tudung labuh kesayanganku ^^
Bermulanya aku memakai tudung labuh first day final exam.
Masa tuh orang tak perasan ag perubahan..
Bila dah lama tuh, memang kawan2 agak terkejut lah tengok..
hurm, dari dulu lagi memang berniat nak pakai tudung labuh..
sebab bila tengok muslimah pakai tudung labuh, rasa teringin gak nak pakai, sukalah tengok..
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
Dan penerangan di atas jelaslah bahawa tutup aurat tu wajib! Dulu pakai tudung yang biasa lebar tu, tak de lah stail pakai belit sana sini.
Tapi still rasa tak selesa, rasa macam orang nampak aurat kita lagi.
Lagi2 kalau buat stail macam "sauh" tuh, memang rasa kekok. rasa macam org tgk ckp 'helo, weirdnya minah ni'..
Dan aku membuat keputusan untuk cuba pakai tudung stail lain lak.
First tudung biasa tuh mmg dah selalu pakai.
second pakai selendang.. tapi pernah pakai sekali je tak silap. sangat terbelit2 rasa . masa tuh saja nak try gak sebab kawan suruh cuba. bila pakai tuh, rasa macam pandangan luas je.haha. tapi rasa tak free, sebab banyak sangat lilit2.. macam rambut singa dah rasa.
second pakai selendang.. tapi pernah pakai sekali je tak silap. sangat terbelit2 rasa . masa tuh saja nak try gak sebab kawan suruh cuba. bila pakai tuh, rasa macam pandangan luas je.haha. tapi rasa tak free, sebab banyak sangat lilit2.. macam rambut singa dah rasa.
Third pakai tudung sarung , tudung express tuh. pakai masa buat project BEL. bila pakai tuh, rasa senang je kan. just sarung camtu je. mula2 rasa ok la. tapi dah lama tuh, rasa macam "melekat la kain ni".. memang pun, bentuk telinga rasa macam leh nampak je. rasa tak tutup aurat.
Dan dari situlah aku tahu cara terbaik untuk aku tutup aurat dengan sempurna adalah dengan Tudung Labuh..
Masa nak beli tudung labuh tu, aku pun telefon mak , nak gtau niat aku..
Alhamdulillah mak ok je :) just mak pesan kalau dah pakai tu, jangan tak pakai lak lama2 nanti..
Insya-Allah aku akan pakai tudung labuh ni sampai bila2.
Terima kasih kepada kawan aku sebab teman dan pilih tudung labuh yang sesuai :)
Allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani.
Nak sharing lak pasal macam mana aku rasa bila mula2 pakai tudung labuh..
bila kita dah pakai tu, kita akan rasa sesuatu yang luar biasalah.
aku rasa terharu, rasa sangat selamat.. ya Allah tak dapat diluahkan dengan kata2..
Aku tak perlu fikir pasal "eh mcm senget je tudung ni, ala xselesanya ..ish bentuk tudung ni pelik la"
Aku rasa sangat selesa dengan perubahan ni.. Alhamdulillah
Dan aku rasa tak perlu lah nak nampak cantik bergaya di mata manusia sampai tudung singkat sana sini.. sebab pandangan Allah tu yang utama :)
Dan first tempat aku pergi pakai tudung labuh tak silap kat pwtc..masa tu festival buku. ha time tuh rasa nak mengamuk je. hehe sebab orang ramai. pahtu berlanggar2 ..memang tudung tertarik sekali. kawan cakap biasalah lah tu, lama2 ok la.. sekarang dah rasa boleh terima ^^
Niat kerana Allah, pakai tudung labuh nak tutup aurat dan nak perbaiki akhlak.. bukan untuk stail sebab sekarang ramai pakai tapi untuk tabarruj. dengan contact lensnya, dengan upload gambar2 nya . lagi2 bila lelaki puji, awak ni cantik lah, solehah dn alim je.. ( paling tak leh terima bila puji kat org yang bertudung labuh )
maaf, jangan lah pertontonkan wajahmu untuk pujian orang .. wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang..
Jadi, saya memang cadangkan tudung yang paling sesuai untuk tutup aurat dengan sempurna adalah Tudung Labuh atau tudung biasa yang lebar melebihi dan menutupi paras dada..
Sekarang susah gak cari tudung labuh yang sesuai kan.. sebab kat mana2 ada je tudung cuma..kainnya jenis melekat kat badan..just tak rasa selesa .. Tapi insya-Allah akan jumpa tudung yang terbaik :)
Ingat ye muslimah2.. jangan menampakkan aurat kita di depan orang ramai :
Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".
Bila dah tudung sempurna.. kena lah pakai pakaian yang menutup aurat dengan sebaiknya juga.. dan termasuk lah pakai stoking kaki :) sebab aurat kita kan seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat
ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.
Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.
Suatu hari rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab :" Saya telah berikan kepada isteri saya". Lalu rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah :" Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)".
iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.
iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.
v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina".
vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.
Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.
Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran islam akan mendapat keredhaan allah s.w.t dan lelaki akan memandang mereka dengan pebuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.
p/s : saya pakai tudung labuh tak bermaksud saya ni baik dari orang lain.. saya tak nak banding2kan diri dengan muslimah lain.. saya cuma nak berubah dan berusaha jadi yang lebih baik untuk mendapatkan keredhaan Allah .. insya-Allah.semoga terbuka hati kita untuk menerima Islam dengan sebaiknya kerana Islam itu benar!
liked. teruskan usaha ya
ReplyDeleteda lme simpan prasaan nk pakai tudung labuh,,try pakai tudung bidang 50 60, da orang tegur sane sini,,rimas plak mdengar,,seperti dperlekeh plak niat baek aku ni,,sedikit mase nanti,aku akan pakai jgak!!
ReplyDelete