ahlan wasahlan
terima kasih sebab melawat blog saya :)
ENTER

Thursday, January 10, 2013

MAHRAM BUKAN MUHRIM~

“Maaf, anda bukan muhrim saya.” 

Demikian kata-kata yang hebat keluar dari mulut seorang wanita ketika seorang lelaki menghulurkan tangan kepadanya. Lelaki itu pun menjadi bingung. Apa itu muhrim? 

Ada di antara kita yang pernah menghadapi peristiwa seperti ini. Namun ternyata, masih banyak yang keliru utk membezakan antara muhrim dengan mahram. Sebenarnya kata yang tepat untuk konteks perkataan wanita itu adalah mahram bukan muhrim. 

MAHRAM adalah semua orang yang haram untuk dinikahi selama-lamanya krn adanya pertalian nasab, sesusuan dan pernikahan (Ibnu Qudamah al-Maqdisi dalam al-Mughni 6/555). 

Sedangkan MUHRIM adalah orang yang sedang melakukan ihram dalam haji atau umrah..

Thursday, January 3, 2013

MAN JADDA WA JADA !

Assalamualaikum..lama dah tak update :D tak tahu nak update apa..huu.. sekarang sedang menghadapi minggu final exam.. first paper 6 hari bulan , last 19 hari bulan nanti.. lepas tu cutiii.. lama dah tak balik rumah, rinduuuu =.= kami kat Kedah sekarang ! :D sambung belajar di uitm.. islamic banking.. semoga dapat jawab exam dengan jayanya nanti , insya-ALLAH amin! ^_____^

Saturday, June 23, 2012

Terjemahan Al-Quran ( excel document )

Assalamualaikum.. di sini ada excel document untuk terjemahan Al-Quran.. semoga bermanfaat :) dalamnya ada index2, juga ayat yg mana dalam Al-Quran yg menerangkan mengenai sesuatu.. contoh.. etika berpakaian, menutup aurat dgn pakaian --> 7:26 ..just tekan download. terima kasih :)

Thursday, June 21, 2012

Hostel Desa Siswi

Assalamualaikum..
ha entry yg ni pasal hostel tmpt sy study dulu..hee
namanya hostel desa siswi :D
naik teksi je, ckp la desa siswi..confirm kena selit sekali, GMI punya hostel dulu.. bru tau..haha
macam rumah la.. leh duk 10 orang..


Ni gambar kat ruang tamu.. pintu warna biru tu pintu utamanya..hoo
Tengah buat keceriaan dalam rumah, nmpk pokok2 dengn basikal tu? aha
biasalah hostel tiap2 semester buat pertandingan keceriaan.. 
cuma last semester  je kami bersemangat sikit nk hias2.. huu





Ni la meja belajar kami..  kalau suruh belajar luar boleh, tapi kena ada teman.. kalau tak, belajar tidur la nanti..serabut jugak rasa  tengok.. serabut tengok benda yang kami hias..haha (-_-)~



Ni dinding depan meja saya.. erh agak selerak sikit la..hua lukisan saya.. zoom sikit...


jeng3.. lawa x. :D erm xreti melukis..kalau lukis cmtu tau la..aha hari tu kwn tengok lukisan ni.. dia tanya..ni lukisan masa tadika dulu eh? hua.. terbaek. siap ada bintang2 ag dpt! (tu kwn buh).. get well soon pun kwn buh.. masa demam ari tu.. :) aiseh semua benda cerita.. (takpe kn, blog saya..hooo)..



Ni la dia antara barang2 yg ada atas meja belajar.. penuh ngn airnya, mknn pun ada .. buku2..


Ding Dang punya mainan..aha (selit gak)


Ehem2.. ni kerusi tmpt study sy.. hoo memori tu.. saya guna kerusi ni dari awal semester sampai last semester.. sampai pindah rumah lain kat hostel pun saya bawa sekali..huu tapi tula.bawa balik rumah sendiri je tak boleh...





sekian..aha.. ni pic last kat kolej (xda kaitan ngn hostel pun).. dapat coklat free sebab ikut etika pemakaian hari tu kot :D
Kolej Poly-Tech Mara KL.. terbaik~

Thursday, April 12, 2012

:: bahasa melanau edisi 3 ::

assalamualaikum.. huhu lama dah tak update blog.. idea takde..ngee. (-_-)~
update bhs melanau je la , sikit pun ok :P 
 
ada = nuan
ajar/mengajar/belajar = tijo/menijo/betijo
ambil = igik
baling = galang
bantu = tulong
pondan = batut
bebel = mapey
bengkak = supat
isi = sin
bisu = mubel
bumbung = padong
burung = manok
busuk = madam
buta = mapeq
cili/garam = jabik/siah
takot = medut
dahaga/kenyang/lapar = keren/besoh/jelak
hutan = gun
duduk/berdiri = munguk/tiger
ekor = ikoi
ganggu = kaso
gelak = gelem
hati = atai
ikat = bet
english = to putik







--> apa tgk2, sakit kot :))

Sunday, March 25, 2012

:: Syair Yang Membuatkan Imam Ahmad Menangis ::


Jika Tuhanku bertanya padaku..

Tidak malukah kau bermaksiat pada-Ku?

Kau sembunyikan dosa mu dari makhluk-Ku..

Dan datang pada-Ku dengan penuh dosa

Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?..

Dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?

Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan dari semasa ke semasa

Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati..

Dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan

Seolah-olah aku ini telah dijamin untuk hidup selamanya..

Seakan mati tidak menemuiku

Dan telah datang padaku sakaratul maut yang ngeri. Nah!

Siapa sekarang yang mampu melindungiku?

Aku melihat pada wajah-wajah..

Apakah ada daripada mereka yang akan menebusku?

Akan aku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini?

Maka bagaimana akan aku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku?

Celakanya aku! Apakah aku tak mendengar ayat2 Allah yang menyeruku?

Adakah aku tak dengar apa yang telah diberitakan didalam surah Qaaf dan Yaasin?

Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dan hari ad-deen(qiyamah)?

Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut, menyeru dan menjemputku?

Maka Ya Rabb! Seorang hamba datang bertaubat, siapa yang dapat melindunginya?

Melainkan Tuhan yang maha luas pengampunan-Nya dan yang membimbingku kepada kebenaran

Aku telah datang pada-Mu maka kasihanilah daku dan beratkan timbangan (kebaikan) ku.

Dan ringankan (percepatkan) hisabku kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban.

Wednesday, February 29, 2012

:: bahasa melanau edisi 2 ::

ayam/ketam/burung = siyau/buyo/manok
kucing/tikus/ = ngau/belabau
air/api/hutan = anum/apoi/gun
hitam/merah/putih = bilem/saq/putik
cantik/comel/baik/jahat = daogaya/jawak/dao/jaet
kuku/jari/tangan/hidung = silo/berangau/agem/udong
mulut/kaki/rambut/telinga/leher/pinggang/badan = bak/betis/bok/lingah/tenguk/bekawang/bias
baring/jalan/berlari/panjat/berenang = beleq/makau/pamat/tiket/turun atau paboh
siapa/mana= sai/gan
ketawa/dengar/hidu = begelem/tuweng/adeq
baru/lama/tadi = ubas/daneh/nin
awak kat mana? = gan adai mo?
perempuan/lelaki = mero/lai
datang lagi = labik agik
rumah/batu/depan/belakang/tengah = lebuk/sano/jawai/butah/dagen
cakap betol2 = ubak ateng2
dalam = wang
tukar = seloh
pening/muntah/pengsan = mengelau/putak/leput
mentah/masak = tak/saq
demam/sakit perut/sihat = bejik/pedes naey/jiak
jangan bersedih lagi = nak beraie agik :)