ahlan wasahlan
terima kasih sebab melawat blog saya :)
ENTER

Saturday, November 26, 2011

terlebih frust ..kecewa bila putus cinta

bila bercinta..semua indah belaka
gaduh pon orang kata..ala biasa la tuh.. hubungan kena la ade pasang surutnya..
bila dah putus cinta.. semua dah jadi tak indah
frust sungguh rasa.. 
" nape dye buat aku mcm nie.. ape salah akuuu "
" mmg dh xde guna aku hidup.. kalau semua orang dh xsyg aku! "
" semua aku buat untuk dye dulu.. xpernah nak hargai ! "
" kalau aku tau jadi camni.. mmg aku tinggalkan dye awal2 "

ayat2 mcm di atas ni.. kamu putus cinta dengan manusia bukan main lagi kecewa bagai nak rak.
cinta yang tidak ditakdirkan untuk kamu pun.
kenapa kecewa dan terus kecewa..

tidak pernah terfikir kah bahawa ada hikmah disebaliknya
kamu hilang cinta manusia..tetapi kamu tetap peroleh cinta yang hakiki dari Allah SWT
kamu hilang cinta manusia..tetapi kamu sudah elakkan maksiat
kamu hilang cinta manusia..tetapi kamu peroleh kekuatan..
kekuatan untuk kamu menghadapi hidup ini..

hidup tidak selalunya indah,, 
langit tak selalu cerah..
suram malam tak berbintang..
itulah lukisan alam..
begitu aturan tuhan..

memang fitrah manusia untuk disayangi dan menyayangi..
tidak salah tetapi biarlah ianya berpada2
Allah kan ada.. family .. kawan2
tidak mencukupi lagi kah?

" ala.. aku nk bercinta gak.. "
kalau still muda ag tuh, tak payah la nak fikir pasangan2 nih
kalau still study.. focus dengan study dulu,,
family kita dah amanahkan kpd kita untuk blaja elok2

jadi bila kita kecewa.. think positive la ^^
ia bukan satu pengakhiran untuk hidup kita..
daripada kamu syok sakan sayang kat org yg bukan ade apa2 pertalian sah dengan kamu lagi.. better tambahkan sayang pada Allah SWT.. pada family.. kawan2..
buat la something untuk busy kan diri kamu..
motivate kan diri ..
fikir ia berlaku sebab Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk kita ^^
 

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SubhanAllah Wa Taala.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah SubhanAllah Wa Taala.
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SubhanAllah Wa Taala.
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya..







Tuesday, November 1, 2011

panau (:<)

assalamualaikum.. lamo doh xupdate nih :)
topik ari ni pasal penyakit kulit, panau..
demo pernah ad panau x? ms kecik2 mesti pernah kan...
berkenan lak nk cte pasal panau nih..

Panau ( Pityriasis Versicolor ) adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh fungus atau kulat..
penyakit panau ni tak serius dan tak memudaratkan kesihatan kita cuma menjejaskan penampilan seseorang dan memberi rasa tidak selesa..
Tanda2 mengalami panau seperti terasa gatal pada bahagian tertentu, terdapat bentuk bulatan kecil, berwarna kemerahan atau yang biasanya putih..
bagi yang ad penyakit kencing manis, ketahanan imun yg kurang (penyakit kanser), risiko mengidap masalah panau adalah tinggi.
Fungus ni cepat merebak lebih2 ag kalau panas pastu berpeluh.. selalunya bahagian muka , leher , belakang mudah kena..
kalau tidak dirawat, boleh merebak ke seluruh badan.. lebih2 lagi kalau muka, memang confident level tu low la nanti.. orang duk tengok kita, segan pon ada aih..

jadi kalau rasa2 ada masalah panau, beli la ubat makan atau krim sapu yang ada..
cepat atau lambat, insya-Allah ia akan hilang..
Ingat yo kena jaga kebersihan diri tu.. basuh baju ( jangan rewind pakai ), elakkan berkongsi tuala atau baju dengan orang yg mempunyai masalah panau..jangan mandi ketika masih berpeluh..

p/s : kalau panau invisible ok  gak..

Saturday, October 29, 2011

ish-jangan suka mengungkit

" ko ni kedekut tol, hari tu aku bg ko itu ini ..blabla siap ada jenama ag "
" kalau bukan ak yg tolong ko ari tu xde nye ko jdi mcm ari ni.. ak yg cakap kat org tu..blabla "
" dulu sebelum kawen bukan main ag..sekrg duit banje pon xpernah nak cukup bagi.. menyesal tol ! "
"duit abg bg xcukup ke.. abg penat keje siang malam.. ari tuh dah bg lebih nk mintak ag.. bukan ko yang keje. "

Dalam sebuah hadis disebutkan, Rasulullah saw. bersabda, “Tiga golongan yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat kelak, serta tidak akan dipandang-Nya, dan tidak pula disucikan-Nya, yaitu orang yang mengulurkan kainnnya, orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya dan orang yang menjual dagangannya dengan sumpah palsu.” (HR Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, dan Nasai dari Abu Dzar al- Ghifari).
Dalam hidup ini, pasti kita pernah mengungkit kan.. tak kira lah pemberian kita kepada orang, atau pemberian orang kepada kita, atau apa yang pernah kita lakukan untuk orang..

situasi dimana apabila kita marah dengan orang tu, kita pasti akan ungkit kembali kebaikan yg kita lakukan dulu untuk dia..dan wujudnya perasaan menyesal sebab pernah berbuat kebaikan
saya pun pernah rs sebegitu..astaghfirullahalazim

Janganlah kita suka mengungkit.. bila dah start tuh, makin panjang lebar la semua benda tak rasa puas hati..kita jugak kan yang rasa sakit hati nanti

bawa2lah bertenang dahulu, bagi pasangan suami isteri..kalau apa yang diberi kekurangan, janganlah saling menyalahkan satu sama lain. terima apa yang ada.. fahamilah pasangan anda itu, bersyukurlah..

Firman Allah yang bermaksud,"Hai orang yang beriman,jangan kamu batalkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebut dan mengungkit-ungkit (perasaan si penerima) seperti orang yang menafkahkan
bertanya kerana riya' kepada manusia dan dia tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat" (surah al-Baqarah:264).
    

 Mengungkit pemberian terhadap seseorang pasti akan menyinggung perasaan orang yang menerimanya.
Bila orang tu dah rasa tak selesa, dia akan cuba untuk tidak menerima pemberian kita atau untuk tidak meminta pertolongan lagi..
     Mengungkit pemberian bukan sekadar menghapus pahala sedekah tetapi berdosa kerana menyakiti hati orang lain.. Tak payah la nak berbangga sangat dengan apa yang kita lakukan.. 



p/s : be cool

Wednesday, October 26, 2011

islamic quotes =)

 
“ Everything may seem so difficult but with ALLAH everything is POSSIBLE ” 
 
" Allah gave you this world so that you may seek the Hereafter with it, not for you to desire it.
Uthman (ra) "
 
" There is a polish for everything that takes away rust; and the polish for the heart is the remembrance of Allah." (Bukhari) 


" If you put your whole trust in Allah, as you ought, He most certainly will satisfy your needs, as He satisfies those of the birds. They come out hungry in the morning, but return full to their nests." (Tirmidhi)



" When you see a person who has been given more than you in money and beauty, look to those, who have been given less." (Muslim)



"Allah does not look at your appearance or your possessions; but He looks at your heart and your deeds." (Abu Huraira: Muslim



"Whoever loves to meet Allah, Allah loves to meet him." (Bukhari)



"Allah is One and likes Unity." (Muslim)



"The perfect Muslim is not a perfect Muslim, who eats till he is full and leaves his neighbors hungry." (Ibn Abbas: Baihaqi)



"Be not like the hypocrite who, when he talks, tells lies; when he gives a promise, he breaks it; and when he is trusted, he proves dishonest." (Bukhari & Muslim)



" Obey Allah and Allah will reward you. "



" Eat with your right hand and eat from what is in front of you. "



" If you do something bad, follow it by doing something good. "



" If you are reminded of Allah, stop what you are doing (of sin). "



" If you enter a house, greet the inhabitants with salaam. "



" If one gets angry, let him keep silent. "



" If you count the faults of others, count your own faults instead. "



If you commit a sin, say “Astaghfir-ullah (I ask Allah for forgiveness).”

 

If you are given a blessing, say, “Al-Hamdu-Lillaah (praise be to Allah).”

 

If some disaster befalls you, say, “Innaa Lillaahi wa innaa ilayhi raaji’oon (Truly, to Allah we belong and truly, to Him we shall return).” 



“(Take care of) your mother, then your mother, then your mother, then your father, then other relatives in order of closeness.”



" The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it.
The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke. Prophet Muhammed (saw) "



" if you educate a man, you educate an individual, but if you educate a female, you educate a nation "

p/s : Doubt sees the obstacles
Faith sees the way.
Doubt sees the darkest night
Faith sees the day.
Doubt dreads to take a step
Faith soars on high.
Doubt questions who believes?'
Faith answers, I.


 

Thursday, October 13, 2011

Taubat ku

Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu..

Taubat menurut bahasa ertinya kembali.
Dari segi istilah syarak pula kembali kepada kesucian setelah melakukan dosa.

 Taubat.. setiap manusia pasti akan melakukan dosa, kesilapan..
Jika Adam pernah melakukan kelalaian dan kesilapan, maka anak cucunya pasti tidak akan terlepas dengan keadaan tersebut..
Sabda Rasulullah S.A.W :
" Tiap-tiap bani Adam itu membuat kesalahan, tetapi sebaik-baiknya orang yang banyak berbuat kesalahan ialah orang yang banyak bertaubat. " (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Faktor utama manusia berbuat dosa dan kesalahan
1. Manusia lemah dan daif untuk melawan godaan syaitan. Sekarang remaja dah tak segan silu untuk melakukan maksiat, benda yang haram jadi perkara biasa dilakukan.. contohnya kes pembuangan bayi, ada yang bila sudah melakukan maksiat, dah la tidak bertaubat tetapi makin menjadi2 .. nauzubillah .. begitu mudah mereka diperdayakan hanya kerana nafsu.


2. Keinginan dan hawa nafsu yang melampau untuk merasakan kesenangan. Ada yang ingin kan kesenangan dengan mudah dan tidak kisah dengan cara yang haram. Contohnya merompak, menjual diri.. memang lah kamu akan memperoleh kesenangan tetapi mesti tiap kali dapat hasil dari benda yang haram, hasil tersebut akan  cepat habis dan ia akan mendorong kamu untuk berbuat benda yang sama lagi dan lagi..


3. Situasi yang boleh menyebabkan manusia melanggar undang-undang Ilahi. Dalam situasi tersebut, bila dah tiada cara lain, maka syaitan akan memujuk mereka untuk melakukan dosa tersebut.


Sebaik-baik manusia yang bersalah ialah yang segera mengaku kesalahannya.
" Dia (Adam) berkata : " Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah menganiaya diri kami sendiri. Sekiranya Engkau tidak ampuni kami dan tidak Engkau rahmati kami, nescaya jadilah kami daripada orang yang rugi. " (surah al-A'raf : 23)





Pintu taubat sentiasa terbuka bagi sesiapa yang ingin kembali ke jalan Allah selagi kita masih bernyawa..
" sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seseorang hambanya selama nyawanya belum sampai di kerongkong " (Riwayat Tirmizi)

"aku nak bertaubat tp esoknya pasti buat ag.. ak nkkn kepuasan.. nanti2 leh bertaubatkn..
ala aku still muda ag. ms tu masih pnjg kot.. enjoy lu.. nanti tua2 taubat lah..
xpe lah esok jela ak solat betol2, xpelah esok la ak taubat" tetapi sempat ke nk bertaubat nanti ..

Dalam riwayat Bukhari dan Muslim , Nabi S.A.W menceritakan bahawa pada zaman dahulu kala ada seorang pembunuh yang telah membunuh 99 orang, kemudian dia ingin bertaubat. Ketika dia bertanya kepada seorang alim, apakah taubatnya masih dapat diterima Allah, dia menjawab bahawa taubat nya tidak dapat diterima lagi maka orang alim itu pun dibunuh pula, sehingga genap 100 orang yang dibunuhnya.
Dia cuba menghubungi seorang alim lainnya. Orang alim itu memberikan jalan kemungkinan diterima taubatnya dan dianjurkan pergi ke negeri lain yang penduduknya banyak yang taat kepada Allah, dan janganlah kembali ke negeri asalnya kerana negeri itu banyak penjahat.
Berangkat lah pembunuh itu dan dalam perjalanan dia menemui ajalnya. Ketika datang malaikat rahmat untuk membawa rohnya, seketika itu datang pula malaikat azab. Bertengkarlah kedua-dua malaikat itu.
Berkata malaikat Rahmat: " Dia telah menempuh perjalanan kerana dia bertaubat kepada Allah dan mencari keampunan-Nya. "
Berkata malaikat Azab : " Dia belum pernah berbuat kebaikan sama sekali. "
Maka datanglah malaikat yang akan menghakimi kedua-duanya, lalu mengukur jarak perjalanan yang telah dilaluinya dengan negeri yang telah ditujuinya.
Ternyata negeri yang ditujuinya itu lebih dekat sejengkal daripada negeri yang ditinggalkannya. Maka rohnya pun dibawa oleh malaikat Rahmat.

Riwayat ini menggambarkan betapa berat pon dosa kita, jika kita bersungguh2 untuk bertaubat , insya-Allah taubat kita akan diterima oleh Allah S.W.T.. Janganlah bila kita berbuat dosa, kita tidak rasa insaf.. baik buruk manusia boleh berubah.. Sejahat mana pun orang itu, kita janganlah pandang serong terhadap dia.. mana tau orang itu berubah dan dia lebih baik dari kita.











p/s : delete lah dosa-dosa lalu dengan memohon keampunan-Nya dan berbuatlah kebaikan.

Hukum-hukum dalam Islam

Ada lima jenis hukum di dalam islam iaitu :

1. Wajib
sesuatu hukum atau perintah yang mesti dilakukan. Jika dilakukan akan mendapat pahala dan sebaliknya akan mendapat dosa seperti meninggalkan solat.

2. Sunat
sesuatu hukum atau perintah yang jika dilakukan akan mendapat ganjaran pahala dan jika sebaliknya tidak akn mendapat dosa seperti sembahyang Tarawih.

3. Haram
sesuatu hukum atau perintah (larangan) jika dilakukan akan mendapat dosa seperti meminum arak.

4. Makruh
sesuatu hukum atau perintah jika dilakukan tidak dihukum berdosa dan jika ditinggalkn mendapat pahala.

5. Mubah
sesuatu yang dikerjakan atau ditinggalkan tidak mendapat apa-apa. Tidak diberi pahala dan tidak mendapat dosa.

Monday, October 10, 2011

KASUT ku gagah berlari ^ ^ sekadar untuk fesyen ?

" eh lawa lah kasut ko,, beli katne.. " 
" wah kasut baru tuh.. untung la de org pakai kasut baru.. "
" ak ingt nk beli kasut la.. skrg de sale kot.. "
" standard la harga mahal kasut tuh..xpe la beli je "

kasut.. perempuan mmg suka kasut kan ^ ^
dari kasut tinggi ke kasut simple.. org terasa nk menulis pasal kasut lak.. sebab tadi beli kasut untuk adik..huhu

tujuan utama pakai kasut mestilah untuk melindungi kaki dn mengelakkan kecederaan. sekarang ramai remaja beli kasut sebab fesyen, gaya .. standard lah kan tapi kalau sampai sanggup sakit kaki , tu macam menzalimi kaki sendiri je =.="

bagi orang kn, kasut yang ikut fesyen memang penting, tapi yg paling utama keselesaan la.. kalau setakat pakai kasut tinggi tapi jalan dah macam pelik semacam..terhenjut2.. tak ke demo gak yang rasa sakit ..

kasut tumit tinggi versus kasut tumit biasa
sekarang kat kedai susah dah nak cari kasut baru yang biasa2 je, yang banyak sekarang kasut tumit tinggi la.. best sangat ke pakai.. " eh mesti lah.. kalau pakai kasut tinggi , ko akan rasa confident level tu tinggi.. tak pun kalau ade stranger ke, bole la kasut tu jdi penyelamat kot.."

betol3 tapi pakai la kasut tinggi yang xbpe nk tinggi tu je.. xtinggi lagi ok =) xsalah kalau nak pakai gak kan sekali sekala... ia nya tidak sepatutnya dijadikan isu tetapi demo,  kecenderungan ini boleh mengundang bahaya dan masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi wanita hamil.

  
Kajian dibuat Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat mendapati wanita yang mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurang-kurangnya tiga sentimeter (cm) akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus.

Keadaan ini akan mengundang penyakit sendi dan osteoporosis. Malah, ia juga boleh mengakibatkan berasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga tangan.


“Kaki akan menggunakan tenaga yang banyak ketika memakai kasut tumit tinggi terutamanya pada betis.

“Asid lactic akan terkumpul pada bahagian itu dan mengakibatkan kekejangan otot,” katanya.

Kekejangan otot ini juga berlaku disebabkan terdapat 40 hingga 50 peratus lebihan darah dalam sistem badan yang perlu dipam ke seluruh badan.

Apabila berjalan dan bergerak, otot betis akan bertindak seperti pam dan membantu darah mengalir menentang graviti, menyokong ke arah hati.

orang dulu pakai gak kasut yg sederhana tinggi. tapi bila jalan jauh2 ni.. memang sakit kot.hehe.. mula la rasa tak selesa.. sikit2 lenguh. jalan pun kena focus..sekarang orang lebih suka kasut yang biasa je.. tak kisah la nampak rendah ke apa, asalkan bila kita pakai tu, kita rasa selesa dan selamat.


lawa kan kasut ni.. hanya pro je yang boleh pakai.. =.="

pakai kasut tinggi ibarat meletakkan paku kat kaki?
err yang ni sama ada dia pakai kasut atau kasut pakai dia..macam2 ada.


berkenaan yang ni.. kaki pakai kaki kot..


jadi pada pendapat saya, lebih elok dan molek kita pakai kasut yang simple , menutup depan kaki..  selesa dan boleh menutup aurat.. bercakap mengenai aurat kaki..adakah kaki pun dlm kategori aurat yang patut ditutup? Melalui apa yang saya telah cari..



Jumhur ulama' dari kalangan ulama' malikiyyah, syafiiyyah dan hanabilah mengatakan kaki wanita adalah termasuk dalam batasan aurat wanita ketika berhadapan dengan ajnabi.namun bagi pandangan mazhab hanafi, kaki wanita bukan termasuk aurat.

Maka dari pandangan jumhur (termasuk pandangan muktamad mazhab syafie), pemakaian stokin, atau sarung kaki (yang tidak nipis)adalah wajib bagi memenuhi keperluan penutupan aurat.

Dalil utama pandangan ini adalah :

1) surah nur : ayat 31 = ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها. pentafsiran "ما
ظهر منها" dalam ayat ini hanyalah termasuk muka dan tapak tangan...ini
bermakna semua badan wanita adalah aurat melainkan muka dan tapak tangan
sahaja.

2)hadis dari Ibn Umar yang menceritakan ttg Rasulullah melarang kaum
muslimin melabuhkan pakaian kerana sombong dan bongkak.apabila ummu
salamah menanyakan Rasulullah bagaimana pula dengan wanita...adakah turut
dilarang...nabi menerangkan bagi wanita, mereka diharuskan melabuhkannya
(demi menjaga aurat wanita iaitu seluruh kakinya)

sebagaimana yang ditafsirkan Ibnu Abbas r.a. ialah wajah dan dua tapak tangan wanita. 
Aisyah melaporkan,
Asma’ bint Abu Bakr telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis.  Rasulullah s.a.w lalu berpaling  daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”
Hadis direkodkan olah Abu Dawud.

Hadis di atas menunjukkan bahawa kaki termasuk aurat tatkala Nabi s.a.w mengecualikan hanya wajah dan tangan.


jika darurat ?
Ade sesetengah ulama mengatakan  jika terdapatnya hajat atau keperluan yang menyukarkan wanita tersebut untuk menutup kakinya , maka dalam hal ini ianya dibolehkan untuk tidak menutupnya.

Melihat contoh kes ,ramainya kedatangan sepupu lelaki yang berkunjung ke rumah, maka halnya adalah lebih baik jika dapat diusahakan untuk menutup kaki tersebut dengan apa cara sekali pun, samada dengan memakai stokin atau pun melabuhkan pakaian / kain hingga menutupi kaki tersebut.

Tidak nampak sebarang masyaqqah (kesulitan) atau penghalang daripada menutup kaki tersebut berbeza keadaannya dengan wanita yang menguruskan kerja-kerja dapur atau kenduri-kendara yang sememangnya mempunyai masyaqqah(kesulitan) yang menyukarkan. kalau nak pergi sidai kain kat belakang rumah , basuh pinggan kat dapur atau masuk bilik air sebentar, ada yang mengatakan juga dibolehkan untuk tidak memakai stokin..melainkan kalau bercampur dengan lelaki2, wajib lah menutup aurat kaki..

Kesimpulannya, kita berbincang berdasarkan konteks mazhab As-Syafie, menutup aurat kaki itu wajib.. .Pilihlah yang mana kamu rasakan selesa dengan keadaan yang dihadapi. Penjagaan kesempurnaan aurat perlulah diutamakan terlebih dahulu. Wallahu'allam.



p/s : topik yang dibincangkan sekadar perkongsian dari saya.. tidak berniat untuk menyinggung hati mana2 pihak..